Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46 telah diadakan pada 22 Februari 2020 bersamaan hari Sabtu. Tepat jam 8.00 pagi. Para ibu bapa telah mula berpusu-pusu membuat pendaftaran di kaunter pendaftaran, seterusnya mengarah ke Dewan Gemilang SK Bukit Changgang. Setiap ibu bapa yang hadir diberi cenderahati dan kudapan yang siap dibungkus.

Setelah para hadirin mula memenuhi ruang, dif-dif kehormat termasuklah Ketua Kampung Bukit Changgang, Tuan Haji Samat bin Hamdi, Yang DiPertua (YDP) PIBG, Datuk Ngadenin bin Musa dan Pengarah Eksekutif Gamuda, Encik Aaron Soo Boon Choon selaku perasmi mesyuarat agung. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu “Negaraku”. Seterusnya, bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Mohd. Zaki bin Mohd. Harun.

Persiapan dif-dif kehormat sebelum majlis

Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh YDP PIBG, Datuk Ngadenin bin Musa. Seterusnya ucapan Tuan Guru Besar SK Bukit Changgang, Encik Mohamad Ali bin Alimin dan kemudiannya ucapan perasmian oleh Encik Aaron Soo Boon Choon Pengarah Eksekutif Gamuda. Kemudian majlis diteruskan dengan penganugerahan hadiah kecemerlangan kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam UPSR 2019 diikuti penyampaian cenderahati. Selain itu, Cabutan Barakah juga diadakan untuk para ibu bapa yang hadir.

Ucapan alu-aluan oleh YDP PIBG
Ucapan dari Tuan Guru Besar SK Bukit Changgang
Ucapan dari Pengarah Eksekutif Gamuda

Seterusnya majlis disambung dengan Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Changgang Kali Ke-46. YDP PIBG telah menyampaikan ucapan ringkas diikuti dengan pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung yang lalu dan Penyata Tahunan Kewangan. Berikutnya YDP membubarkan AJK PIBG sesi 2019. Seterusnya pemilihannya jawatankuasa PIBG 2020 berjalan dengan lancar. Tahniah buat Datuk Ngadenin bin Musa atas pelantikan semula sebagai YDP PIBG SK Bukit Changgang sesi 2020. Tahniah juga buat barisan ahli jawatankuasa yang telah dilantik. Sesi membentang dan membahaskan usul telah dijalankan dengan suasana harmoni. Sekali lagi Cabutan Barakah diadakan untuk menghargai ibu bapa yang setia sehingga majlis ditangguhkan pada jam 1:00 tengah hari.

penyampaian hadiah kecemerlangan kepada murid UPSR 2019

Tahniah dan syabas buat seluruh warga SK Bukit Changgang yang telah memberi komitmen sepanjang perjalanan mesyuarat agung. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir pada mesyuarat kali ini. Seramai 320 orang telah hadir pada mesyuarat tersebut.

Penerima hadiah kecemerlangan UPSR 2019
Penerima hadiah kecemerlangan UPSR 2019

Pin It on Pinterest

Share This