Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang menjalankan Program Guru Penyayang dari bulan Januari sehingga Disember 2020. Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.
Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya dengan mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria,prihatin dan sabar.
Di antara objektif Program Guru Penyayang ini ialah: 1) Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru. 2) Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah. 3) Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah. 4) Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.
Pelaksanaan Guru Penyayang adalah berterusan serta merupakan budaya guru. Contoh aktiviti yang dijalankan ialah mengalu-alukan kehadiran murid, pelaksanaan program mentor-menti dan memberi penghargaan kepada murid.
Program ini adalah anjuran Unit bimbingan dan kaunseling dan Unit Hal Ehwal Murid.
Adalah diharapkan semoga program ini dapat berjalan dengan lancar. Melalui program ini diharapkan agar guru dapat mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini.
Recent Comments