Pasukan Pandu Puteri Tunas SK Bukit Changgang telah menyertai Pertandingan “WTD Fun Run” sempena sambutan Hari Peringatan Pandu Puteri Sedunia Peringkat Negeri Selangor. Pertandingan ini telah diadakan pada 22 Februari 2020 bertempat di Tasik Cyberjaya. Semua sekolah rendah dan menengah telah menyertai pertandingan ini.

Peserta yang telah mewakili pasukan unit beruniform Pandu Puteri Tunas SKBC terdiri daripada murid-murid tahap 2 iaitu tahun 4 hingga tahun 6. Pemilihan dibuat berdasarkan kepada murid yang berminat dan berkebolehan .

Senarai murid yang terpilih adalah seperti di bawah:

1.Nurul Izzati binti Mohamad Aqmi 2.Fatin Qaisara binti Mohd Salida
3. Anis Suraya bt Samsuri. 4. Nur Farhana bt Abdullah
5.Nur Safi Fariha binti Shahron
6.Nur Alia Atikah
7.Amira Aina Musrifah
8.Nur Qasih Danisha
9.Nur Damia Qaisara

Acara larian sempena “WTD Fun Run” ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 11.00 pagi. Murid sekolah rendah perlu lari sejauh 3 kilometer bermula dari Tasik Cyberjaya hingga ke Masjid Fisabililah dan berpatah balik hingga ke tasik iaitu tempat garisan penamat.

Alhamdulillah rezeki memihak peserta SKBC. Seramai 6 orang peserta telah berjaya memperoleh pingat emas,perak dan gangsa.

Laporan disediakan oleh : Puan Rohani binti Yusop

Pin It on Pinterest

Share This