Sambutan Hari Peringatan Pandu Puteri Sedunia peringkat Daerah Kuala Langat telah dilaksanakan pada 29 Februari 2020, iaitu pada hari Sabtu bertempat di Dewan SMK Teluk Panglima Garang. Seramai 479 orang peserta telah menyertai pertandingan ini terdiri daripada 403 orang murid, 71 orang Pemimpin Pandu Puteri dan 5 orang Terbuka Dewasa.

SK Bukit Changgang tidak ketinggalan menyertai acara yang di pertandingkan. Seramai 11 orang murid telah mewakili sekolah untuk menyertai pelbagai acara iaitu Grooming pakaian Tradisional (2 orang peserta), Grooming Pakaian Kreatif (2 orang peserta), Master Chef Berpasukan (2 pasukan dihantar iaitu pasukan A diwakili murid tahun 6 dan pasukan B diwakili murid Tahun 4), Mewarna Kreatif (seorang) dan Kolaj (2 orang).

Alhamdulillah, SKBC berjaya mendapat tempat Pertama dalam pertandingan Grooming Pakaian Kreatif dan mendapat Naib Johan dalam pertandingan Master Chef Berpasukan iaitu Pasukan B.

Peserta Grooming Pakaian Tradisional Minangkabau

Pasukan B Master Chef (Naib Johan)

Pasukan Master Chef SKBC

Laporan disediakan oleh : Puan Rohani binti Yusop, Guru Penasihat Puteri Tunas

Pin It on Pinterest

Share This