SEKOLAH KEBANGSAAN Sijangkang Jaya, Banting, 30 Januari 2020 ( Khamis), “Kalau hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.” Berpegang kepada pepatah ini, pemain-pemain bola tampar Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang kategori lelaki bawah 10 tahun meneruskan perjuangan mereka untuk meraih gelaran juara di dalam perlawanan kali ini walaupun latihan yang dijalankan tidak mencukupi akibat kekangan Covid-19 baru-baru ini. Perlawanan ini dianggotai seramai 6 orang pemain yang diketuai oleh adik Najwan Wafiq bin Zailan seterusnya adik Muhammad Khairul Izzan bin Suhaimi, adik Mikhael Rayqal bin Mohd Yani, adik Syarizwan Syazril bin Saipol, adik Muhd Irsyad Faiz bin Amran dan adik Muhammad Afif bin Mohd Suhaimi.

Pertandingan yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Sijangkang Jaya yang bermula pada jam 10.30 pagi turut disertai oleh 2 buah sekolah yang lain iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Kelambu dan Sekolah Kebangsaan Morib.

Menurut ketua pasukan bola tampar lelaki Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang, adik Najwan Wafiq bin Zailan “Kami akan melakukan yang terbaik untuk pasukan ini. Semoga dengan berkat doa jurulatih, guru-guru dan rakan-rakan, kami akan berjaya menjadi johan.”

Pusingan pertama, pemain Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang telah bertemu dengan pemain Sekolah Kebangsaan Morib kumpulan 2. Perlawanan agak mudah dan kemenangan berpihak kepada Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang dengan mendapat mata 15-11 dan 15-12.

Permainan diteruskan lagi pada perlawanan kedua antara Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang bertemu dengan Sekolah Kebangsaan Morib kumpulan 1 namun nasib tidak menyebelahi pasukan bola tampar lelaki, kemenangan ini menjadi milik Sekolah Kebangsaan Morib kumpulan 1 dengan bermain sebanyak 2 set iaitu 6-15 dan 4-15.

Pada pusingan ketiga pula, Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang telah bertemu dengan Sekolah Kebangsaan Sungai Kelambu untuk menentukan tempat kedua dan ketiga. Perlawanan diteruskan dan tempat kedua telah disandang oleh Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang manakala Sekolah Kebangsaan Sungai Kelambu pula mendapat tempat yang ketiga dengan mendapat mata 15-5 dan 15-3.

Syabas diucapkan kepada semua pemain.

Laporan disediakan oleh : Cik Roslizawati binti Mahaji

Pin It on Pinterest

Share This