Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang semasa tempoh Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bertujuan untuk menggalakkan murid- murid terlibat secara aktif walaupun berada di rumah masing- masing.

Pertandingan Kuiz Unit Beruniform secara atas talian telah melibatkan semua murid tahun 4, 5 dan 6. Tarikh perlaksanaan kuiz ini dijalankan pada 21 Oktober 2020. Murid- murid yang terlibat terdiri daripada lima pasukan unit uniform iaitu Tunas Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Bulan Sabit Merah, Pengakap, Puteri Tunas dan Puteri Islam.

Melalui pertandingan ini, seramai 267 penyertaan telah diterima. Link bagi Kuiz ini ialah https://forms.gle/an8C8n3DEnkDNz5g8

Murid-murid menjawab soalan kuiz menggunakan laptop.

Murid juga menggunakan telefon bimbit bagi menyertai kuiz atas talian yang berkaitan dengan kawad kaki, ikatan dan balutan, memasang khemah serta bahasa hukuman.

Seramai 10 murid yang berjaya bagi setiap unit akan diberi hadiah dan sijil penyertaan. Kuiz yang berjaya menarik minat murid-murid ini akan diteruskan pada tahun hadapan.

Pin It on Pinterest

Share This