Majlis Sukan Sekolah Selangor 2020 telah mengadakan pertandingan atas talian Pasca-PKP Ping Pong rakaman video teknik permainan ping pong bagi tahun ini. Pertandingan ini adalah untuk menggantikan pertandingan ping pong b-12 MSSD Kuala Langat yang sepatutnya dilangsungkan pada bulan Mac 2020. Berikutan penularan wabak covid-19 yang berlaku ketika itu, PKP juga dilaksanakan seterusnya pertandingan MSSD juga terpaksa ditunda.

                Pertandingan pasca-pkp ini sedikit sebanyak memberikan kelegaan kepada atlet elit ping pong SK Bukit Changgang kerana mereka telah berlatih selama 2 tahun untuk kejohanan pada tahun ini. Antara kategori yang disertai oleh SK Bukit Changgang adalah   

  • Kategori sekolah rendah 12L
  • Kategori sekolah rendah 12P

Seramai 8 orang atlet yang mengikuti pertandingan ini iaitu

  • Muhammad Adib Imran Bin Mohamad Nizan       (6 Karisma)
  • Muhammad Harits Ismail Bin Abd Rahman             (6 Karisma)
  • Muhamad Asraf Bin Mohd Nadzri                              (6 Iltizam)
  • Nik Danish Aiman Bin Mohd Salmi                             (6 Dedikasi)
  • Iriz Zulaikha Binti Zulkiflie                                             (6 Dinamik)
  • Najihah Khairiah Binti Mohamad Isa                         (6 Dinamik)
  • Nurul Nadhirah Binti Mohd Yamin                             (5 Iltizam)
  • Zulaika Safirah Binti Zairul Nazrin                              (5 Dinamik)

Antara Teknik yang perlu dilakukan oleh semua atlet ini adalah Pukulan “Forehand dan Backhand” secara berselang-seli dalam masa 3 minit dan diteruskan dengan 15 kali “short servis” atau “reverse servis” dalam masa 3 minit. Rakaman video pula perlu dihantar tanpa sebarang suntingan dan semua atlet perlu melakukan yang terbaik dalam rakaman ini.

                Pasukan ping pong SK Bukit Changgang telah mendapat Ketiga bagi kategori 12L dan juga 12P.  Latihan berterusan 2 tahun ini walaupun tidak dapat diterjemahkan di dalam kejohanan MSSD pada tahun ini, kejayaan ini sedikit sebanyak telah memberi kegembiraan kepada atlet sekolah. Doakan kejayaan kami pada tahun yang mendatang dengan atlet pelapis baru sekolah.

Keputusan rasmi pertandingan
Terima kasih Cikgu Nizan kerana menguruskan pasukan ini hingga berjaya mendapat tempat ketiga bagi kedua-dua kategori. Terima kasih juga para pemain SK Bukit Changgang bagi tahun 2020

“Semangat Kental Berjiwa Cekal”

Pin It on Pinterest

Share This