Tahun 2020 merupakan tahun yang mencabar dalam dunia pendidikan disebabkan menularnya wabak pandemik Covid 19. Justeru, sebahagian daripada waktu pembelajaran telah dijalankan secara atas talian bagi meneruskan kelangsungan pendidikan murid-murid pada tahun ini apabila pembelajaran secara dalam kelas perlu ditangguhkan. Bagi menghargai dan meraikan kemenjadian murid, Majlis Apresiasi tetap diadakan dengan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Majlis Apresiasi yang diadakan saban tahun ini adalah satu medium untuk meraikan murid-murid yang menunjukkan potensi yang cemerlang dalam setiap kategori dan harapan sekolah agar pengiktirafan ini menjadi motivasi kepada murid lain untuk mencontohi kejayaan yang sama pada tahun berikutnya.

Jawatankuasa telah merancang melaksanakan majlis ini mengikut 3 peringkat iaitu perasmian secara atas talian pada 10 Disember 2020, penyampaian hadiah kepada murid tahun 6 sahaja pada 14 hingga 18 Disember 2020 dan penyampaian hadiah kepada murid tahun 1 hingga 5 pada awal persekolahan tahun 2021.

Majlis perasmian secara atas talian disiarkan melalui Youtube live.
JK Pelaksana bersama Ajk Teknik yang bertungkus-lumus memastikan kejayaan perasmian majlis ini.
Pentas telah dihias cantik oleh AJK yang terlibat.
https://anyflip.com/pbfyg/atpi/
Hadiah untuk para pemenang sepanjang tahun 2020.
Tokoh Akademik Lelaki 2020 – Muhammad Afiq Aiman bin Abdul Salam
Tokoh Kokurikulum Lelaki – Muhammad Adib Imran bin Mohamad Nizan
Tokoh Akademik Perempuan – Balqis Syahirah binti Sufian
Tokoh Sukan Lelaki – Muhammad Hamimi Aiman bin Mohd Rodzi
Tokoh Kokurikulum Perempuan- Nurul Aina binti Abdul Zaidi
Tokoh Sukan Perempuan – Fatin Qaisara binti Mohd Salisida
Tokoh Nilam – Hannah Nur Syazwina binti Tugimin
Murid-murid perlu mendaftar, menghantar buku teks, mengambil fail dan sijil serta menerima hadiah. Tahniah kerana berjaya mematuhi arahan yang disediakan.
Murid- murid tahun 6 Bestari menerima hadiah pada 14 Disember 2020.
Murid-murid 6 Dinamik menerima hadiah pada 15 Disember 2020.
Murid- murid 6 Karisma menerima hadiah pada 16 Disember 2020.
Murid- murid Tahun 6 Iltizam menerima hadiah pada 17 Disember 2020.
Murid-murid 6 Dedikasi menerima hadiah pada 18 Disember 2020.
Pengacara majlis yang berjaya mengendalikan majlis mengikut giliran waktu bertugas.
AJK hadiah yang telah menyelesaikan sebahagian daripada tugas mereka. Sebahagian daripada hadiah akan diserahkan mengikut tarikh yang akan ditentukan selepas ini.
Semua AJK akan diberi taklimat sebelum memulakan tugas masing-masing.

Pihak sekolah berjaya menyampaikan sebahagian daripada hadiah kepada penerima yang berjaya dalam beberapa kategori iaitu akademik, kokurikulum, sukan, sahsiah dan Nilam. Semoga kejayaan murid- murid ini dapat menjadi pendorong pada kecemerlangan mereka dan murid-murid lain pada tahun akan datang. Tahniah dan syabas pada murid yang telah berjaya manakala bagi murid yang kurang berjaya perlu tanamkan azam untuk berusaha dengan lebih gigih lagi. Sekian.

Pin It on Pinterest

Share This