6 Ogos 2020, KPM Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK) telah membenarkan Kanggaroo Maths Competition (KMC) diadakan di sekolah bagi memberi peluang kepada lebih ramai murid untuk menyertai pertandingan berasaskan pengetahuan dan kecekapan matematik.

Penyertaan terbuka ini telah menarik minat seramai 28 orang murid SKBC yang terdiri daripada beberapa kategori umur iaitu :

Pre-Ecolier (7-8 tahun): 2 orang
Ecolier (9-10 tahun): 10 orang
Benjamin (11-12 tahun): 16 orang

Murid perlu menjawab soalan yang diberikan serentak dalam satu pusingan tanpa saringan mengikut tempoh dibenarkan.

Murid yang berminat untuk menyertai pertandingan perlu membayar yuran sebanyak RM22 tiap seorang.

Walau pun tiada murid yang berjaya ke peringkat seterusnya, tiap seorang akan diberikan sijil penyertaan.

Tahniah kepada semua murid yang telah berusaha, moga berjaya pada pertandingan akan datang.

Laporan disediakan oleh: Puan Saliana Binti Buyamin

Pin It on Pinterest

Share This