SK Bukit Changgang telah mengadakan Ujian Psikometrik murid Tahun 6 pada 21.7.2020. Pada asalnya Ujian Psikometrik ini akan dijalankan pada 23.3.2020. Namun begitu terpaksa ditangguhkan disebabkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19.

Ujian Psikometrik ialah kaedah sistematik yang digunakan untuk mengumpul maklumat yang dapat menggambarkan ciri, atribut atau tret psikologi seseorang, sama ada dalam domain kognitif atau afektif.

Pentaksiran psikometrik dalam sistem pendidikan negara ini, merujuk kepada aktiviti pentaksiran yang digunakan untuk mengenal pasti kebolehan semula jadi murid, personaliti, bakat, minat dan kecenderungan. Selain tret psikologi atau kebolehan murid yang bersifat semula jadi, pentaksiran psikometrik juga digunakan untuk mengenal pasti tret yang boleh dikembangkan secara tidak langsung melalui aktiviti pembelajaran di sekolah.

Ujian Aptitud Khusus pula mengukur ciri yang menggambarkan potensi seseorang murid untuk menceburi bidang pembelajaran, aliran atau pekerjaan pada masa akan datang. Dalam bidang persekolahan, ujian ini digunakan untuk mengenal pasti dan menilai kesediaan, potensi, kesesuaian atau meramal kejayaan murid dalam pembelajaran seterusnya. Hasil ujian ini juga boleh dijadikan rujukan oleh guru dalam merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut kecenderungan murid.

Ujian Aptitud Khusus direka bentuk untuk mengenal pasti sama ada murid memiliki kecerdasan seperti berikut iaitu Verbal Linguistik, Visual Ruang, Logik Matematik, Muzik, Naturalis, Kinestatik, Interpersonal, Intrapersonal dan Eksistensial.

Berdasarkan keputusan murid, akan dijalankan intervensi kepada murid-murid yang mendapat markah yang rendah mengikut kecenderungan yang dikaji.

Murid-murid sedang menjawab soalan Ujian Psikometrik.
Murid-murid sedang menjawab soalan Ujian Psikometrik.
Penerangan ringkas tentang Inventori Kecerdasan Pelbagai (IKEP)
Contoh keputusan Ujian Psikometrik yang diperolehi oleh murid tahun 6.

Pin It on Pinterest

Share This