Kabin dibina untuk kemudahan,
Warga selesa kerja dilakukan,
Galeri Kokurikulum dan bilik bahan,
Apa yang ada kita gayakan.

Pada 31 Ogos 2020 bermulalah pembinaan dua buah kabin di Laman Unit Berunifom SK Bukit Changgang. Pembinaan kabin ini bertujuan sebagai bilik simpanan Bahan Bantu Mengajar (BBM) memandangkan tiada bilik untuk menempatkan BBM ini. Sebuah lagi kabin merupakan Galeri Kokurikulum. Galeri ini akan menempatkan pelbagai bahan dan peralatan Unit kokurikulum serta mempamerkan segala aktiviti yang telah dijalankan.

Pembinaan kabin ini dapat disiapkan pada 9 September 2020.Semoga dengan adanya dua buah kabin ini akan dapat melancarkan lagi perjalanan aktiviti yang akan berlangsung pada masa akan datang.

Pin It on Pinterest

Share This