PKLSR bertujuan untuk meningkatkan kesiapsiagaan guru dan murid untuk menghadapi pentaksiran antarabangsa iaitu Trends In Mathematics And Science Study ( TIMSS) dan Programme For International Student Assessment (PISA). PKLSR telah dilaksanakan untuk 100 orang murid tahun 5 dan 100 orang murid tahun 6. Pelaksanaan PKLSR di SK Bukit Changgang telah bermula dari 28/9/2020 hingga 16/10/2020.

Objektif pelaksanaan PKL adalah menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid dan memberi pendedahan awal kepada murid mengenai item pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA.

PKL dijalankan secara dalam talian dan soalan adalah dalam bentuk aneka pilihan. Soalan juga terdiri daripada daripada empat bahagian iaitu Matematik, Sainstifik, Bahasa dan Kewangan.

Pentaksiran murid tahun 5
Pentaksiran murid Tahun 6
Murid-murid tekun menjawab semua soalan secara atas talian.

Hasil daripada kerjasama yang diberikan oleh para guru, murid-murid yang terlibat dan juru teknik sekolah, pentaksiran ini telah dapat dijalankan dengan lancar dan teratur. Semoga murid-murid peroleh keputusan yang terbaik.

Pin It on Pinterest

Share This