Pada 12 April 2021 (Isnin) yang lalu, SK Bukit Changgang telah mengadakan Kursus Kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) bagi murid-murid tahun 4, 5 dan 6. Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. PRS tidak bertugas untuk memberi nasihat dan menyelesaikan masalah rakan-rakan tetapi ia menjadi seorang pendengar yang peka terhadap perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat serta rela memberi khidmat dalam sistem sekolah.

Di antara objektif program ini ialah:. 1) Membina pasukan PRS yang terlatih untuk membantu rakan dari segi akademik, perlakuan, emosi dan peribadi. 2) Membina khidmat sokongan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk mengisi pertambahan tuntutan dalam perkhidmatan PRS. 3) Melatih pelajar dalam kemahiran asas yang membolehkan mereka berinteraksi secara berkesan dengan rakan dan individu lain. 4) Menubuhkan kumpulan pelajar yang terlatih dan boleh menggerakkan program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

Di dalam kursus ini ahli-ahli PRS didedahkan dengan pelbagai kemahiran PRS. Contohya Ice breaking, Etika PRS, Tugas dan tanggungjawab PRS, Lagu PRS, Pengucapan Awam, DJ Cilik Minda Sihat, Komunikasi, Kerjaya dan sebagainya.

PRS juga mendapat Sijil Watikah Pelantikan PRS dan Sijil Kursus Kepimpinan PRS 2021.

Adalah diharapkan semoga dengan Kursus Kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya ini akan dapat membantu dan membimbing serta menjadi kumpulan rakan sebaya yang positif.

Kursus Kepimpinan PRS ini dimulakan dengan bacaan doa yang diketui oleh Ustaz Badrul Hisham.
Aktiviti seterusnya iaitu ice breaking yang dijalankan oleh Ustaz Badrul Hisham.
Murid PRS menjalankan aktiviti.
Peserta kursus sedang menikmati makanan yang disediakan.
Pn. Masirah pula meneruskan Kursus Kepimpinan PRS ini.
Peserta kursus menyanyikan Lagu PRS.
Murid memilih tajuk untuk Pengucapan Awam.
Murid membentangkan tajuk yang mereka dapat.
En. Mohamad Ali bin Alimin, Guru Besar SKBC menyampaikan sijil kepada peserta kursus.
En. Mohamad Ali menyampaikan sijil kepada peserta kursus.
Peserta terbaik Kursus Kepimpinan PRS kategori lelaki iaitu Muhammad Aidid b. Samun dari kelas 6 Dinamik.
Peserta terbaik Kursus Kepimpinan PRS kategori perempuan iaitu Nur Aneesa Humairah bt. Hazwan Faiz dari kelas
6 Iltizam

Pin It on Pinterest

Share This