Pada hari Rabu, 3 Mac 2021 yang lalu, Pengurusan pentadbiran Jawatankuasa bilik khas, iaitu Bilik Bahan Bantu Mengajar (BBM) telah mengadakan gotong – royong mengemaskini dan menceriakan bilik BBM. Aktiviti tersebut telah dijalankan mulai jam 8:30 pagi hingga 10:30 pagi.
Aktiviti disertai oleh semua Ketua Panitia dan wakil guru bagi tujuh subjek iaitu subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Sejarah dan Pendidikan Muzik.

Tujuan pelaksanaan program bagi mengemaskini, menyusun dan melabelkan segala peralatan BBM panitia terlibat di tempat khas yang telah disediakan.Ini menjadikan susunan BBM lebih teratur, kemas dan memudahkan guru-guru untuk mendapatkan BBM yang diperlukan. Selain itu, penggunaan keluar masuk alatan berekod dan lebih sistematik.

Rak disediakan untuk penyusunan BBM agar lebih kemas dan tersusun.
Kumpulan guru yang menjayakan aktiviti gotong-royong.
Bahan bantu mengajar disusun di atas rak mengikut panitia masing-masing.
BBM yang telah siap disusun dan dilabelkan.
Rekod pinjaman BBM disediakan mengikut panitia masing-masing.
Carta organisasi Jawatan kuasa Bilik BBM, SK Bukit Changgang.
Lokasi Bilik Bahan Bantu Mengajar.
Rekod penggunaan Bilik BBM.

Pin It on Pinterest

Share This