KURSUS KETUA PATROL DAN KETUA ENAM SEKAWAN 2021

Pada 10 April 2021 telah diadakan Kursus Enam Sekawan anjuran Persekutuan Pengakap Negeri Selangor secara atas talian. Kursus tersebut telah diselaraskan oleh PPM Daerah Kuala Selangor.
Seramai dua orang murid yang terdiri daripada murid tahun enam iaitu Aidil Iqwan Rizqi Bin Hj. Kamsani dari kelas 6 Bestari manakala seorang murid dari tahun lima iaitu Muhammad Adib Wahyu Bin Mohd Fauzi dari kelas 5 Dedikasi.
Matlamat Kursus Enam Sekawan adalah meningkatkan penguasaan, berkemahiran dan bertanggungjawab yang lebih optimum kepada semua peserta mengikut tahap masing-masing selaku ketua enam sekawan.
Objektif kursus pula adalah meningkatkan penguasaan dan berkemahiran peserta kepada tahap yang maksima serta mendisplinkan peserta ke arah individu yang bersahsiah, berjanggungjawab dan beretika ketika berurusan dengan komuniti dan keluarga.
Sasaran kursus ini adalah untuk ahli pengakap unit kanak-kanak Tahun 5 atau Tahun 6. Selain dari itu, peserta yang mengikuti kursus tersebut mestilah mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi untuk memajukan diri dan rakan-rakan ahli pengakap yang lain. Peserta kursus perlu mengikuti kursus secara teori atas talian ( slaid Power Point ) dan penilaian kursus secara atas talian ( markah LULUS 80% bagi melayakkan peserta mendapat sijil lencana dan Lencana Ketua Enam Sekawan ).
Peserta kursus perlu menonton 10 sidang video melalui link yang diberikan ke email peserta dan peserta akan menjawab kuiz pada setiap video.

SEMANGAT KENTAL BERJIWA CEKAL’

Laporan ini ditulis oleh Encik Mohammad Nizan bin Rozali.

Pin It on Pinterest

Share This