Persatuan Pandu Puteri Tunas Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang telah menyertai pertandingan kolaj yang dianjurkan oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia Daerah Kuala Langat (PPPMDKL). Pertandingan tersebut berlangsung pada 14 Februari 2021.

Murid yang menyertai pertandingan tersebut seramai 6 orang iaitu Qaireen Farzanah binti Mohd Fazli, Qisya Amani binti Mohd Fazli, Nur Faiqah Balqis binti Mohd Rashid, Aida Afrina binti Arshad dan Anis Suraya.
Pertandingan ini diadakan secara dalam talian menggunakan aplikasi Zoom yang berlangsung selama 2 jam. Pasukan sekolah telah berjaya mendapat 2 pingat emas, 2 perak dan 2 gangsa.

Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah mengambil bahagian.

Pin It on Pinterest

Share This