Pada hari Rabu, 31 Mac 2021 yang lalu, SK Bukit Changgang telah menerima sumbangan beg sekolah dan baucer BATA daripada EDRA Kuala Langat Power Plant, Selangor.

Pihak sekolah merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Datuk Wira Mark Ling, selaku Presiden merangkap Ketua Pengarah EDRA Kuala Langat Power Plant kerana telah memilih SK Bukit Changgang sebagai penerima sumbangan ini.

Sebanyak 181 buah beg sekolah dan baucer BATA yang bernilai RM120 setiap satu, telah diterima dan diagihkan kepada semua murid tahun 6 bagi tahun 2021.

Guru Besar, SK Bukit Changgang, Encik Mohamad Ali bin Alimin dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Zainal bin Misman berbesar hati mewakili pihak sekolah bagi menerima semua sumbangan tersebut yang telah disampaikan oleh wakil EDRA.

Semua beg dan baucer BATA yang bernilai RM120 telah diagihkan oleh GPK Hal Ehwal Murid dibantu oleh Penyelaras Tahun 6, Puan Azlinda binti Saad dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Antara penerima sumbangan beg dan baucer.
Sumbangan beg dan baucer disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SK Bukit Changgang, Encik Zainal bin Misman.

Jutaan terima kasih diucapkan sekali lagi kepada penyumbang yang dermawan, EDRA Kuala Langat Power Plant, Selangor, atas sumbangan yang telah diberikan. Segala sumbangan amat dihargai. Harapan agar semua murid yang telah menerima sumbangan ini mendapat manfaat yang sebaiknya.

Pin It on Pinterest

Share This