Penyampaian hadiah kecemerlangan 2020 untuk murid tahun 1 hingga tahun 5, 2020 telah disampaikan oleh guru yang mengajar pada waktu pertama pada tarikh 12 Mac 2021. Hadiah yang sepatutnya disampaikan pada bulan November 2020 tidak dapat dilaksanakan oleh sebab pandemik covid 19.

Murid-murid yang berjaya menerima hadiah mengikut beberapa kategori seperti kedudukan terbaik dalam kelas, pencapaian PBD terbaik, anugerah mata pelajaran terbaik, murid pemulihan berpotensi, dan penyertaan aktif dalam talian diberikan hadiah pada hari tersebut.

Selain daripada itu, hadiah turut diberikan kepada murid- murid yang telah menjalankan tugas dengan baik seperti ketua kelas, penolong, pengawas serta murid yang mempunyai sahsiah terbaik bagi setiap kelas. Murid-murid turut diberi sijil penghargaan.

Anugerah kokurikulum turut diberikan kepada setiap murid yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah sama ada di peringkat daerah mahupun negeri.

Walaupun hadiah disampaikan hanya di dalam kelas dan agak lewat dari waktu yang sepatutnya, namun murid-murid yang menerima hadiah begitu teruja dan tersenyum gembira.

Pihak sekolah berharap murid-murid akan terus cekal dan tabah dalam menghadapi pembelajaran pada tahun ini walaupun lebih banyak dilaksanakan secara PdPR. Semoga murid-murid SK Bukit Changgang akan terus meraih kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.

Pin It on Pinterest

Share This