7 Ogos 2021, Sabtu – “Merungkai DSKP, memperkasa PBD”. Begitulah tajuk LADAP telah dianjurkan oleh Unit Kurikulum Sk. Bukit Changgang.

LADAP ini telah dihadiri oleh guru-guru SKBC bersama barisan pentadbir. Penceramah bagi program ini adalah jemputan istimewa dari  PPD Klang, Selangor. Berikut adalah sedikit latar belakang mengenai penceramah jemputan:

Nama : En. Mohamad Asri bin Ayob
Jawatan : Pegawai PBD PPD Klang
                 (SISC+ Sains Matematik)

LADAP kali ini sangat bermakna kerana perkongsian ilmu daripada penceramah yang mempunyai kepakaran yang luas dalam merungkai DSKP dan menentukan tahap penguasaan (TP) kepada murid dengan lebih telus, tepat dan yakin.

Berdasarkan pengalaman perkhidmatan yang cukup lama, tentunya perkongsian ilmu ini banyak membantu guru-guru SKBC untuk menimba sebanyak ilmu yang boleh daripada penceramah LADAP pada kali ini.

Sebagai Kesimpulan, warga SKBC sangat berpuas hati dengan perkongsian ilmu yang diberikan oleh penceramah kali ini. Semoga segala ilmu yang telah ditimba, dapat digunakan dengan baik semasa guru-guru membuat pentaksiran PBD.

Pin It on Pinterest

Share This