Pada 1 dan 2 September 2021 yang lalu, satu program ” Perkongsian
Amalan terbaik Pdpr Interaktif, Murid Aktif ” telah diadakan secara dalam talian melalui Googlemeet. Perkongsian ini telah dihadiri oleh semua guru SKBC bersama barisan pentadbir. Penceramah bagi program ini terdiri daripada barisan guru-guru dari Sk. Bukit Changgang sendiri iaitu Pn.Cancira, Pn. Tuan Roshaliza, Pn Nor Shahara dan En. Mohd Khairil Hazim. Perkongsian ini bertujuan untuk berkongsi penggunaan aplikasi-aplikasi menarik untuk menambah baik pelaksanaan Pdpr dengan lebih menarik dan interaktif.

Pada hari pertama dalam slot 1, Cikgu Cancira telah berkongsi cara penggunaan Breakout Rooms dalam googlemeet bagi membolehkan aktiviti berkumpulan dijalankan secara atas talian. Slot kedua, Cikgu Rosha pula berkongsi tentang penggunaan Classkick yang membolehkan murid melakukan latihan secara live dan boleh dipantau oleh cikgu semasa pdpr berjalan.

Pada hari kedua dalam slot 1, dimulakan oleh cikgu Hazim yang berkongsi tentang pembelajaran menggunakan Quizziz Lesson yang boleh menggabungkan quiz bersama nota pembelajaran yang inteeaktif. Program diakhiri oleh Cikgu Shahara yang membentangkan tentang penggunaan Wakelet bagi memudahkan mengurus dan menyimpan bahan-bahan pdpr secara digital.

Program berjalan dengan begitu baik dan lancar dengan kerjasama daripada guru-guru. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh warga pendidik SKBC.

Pin It on Pinterest

Share This