Ramadan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat Islam untuk mendapat pahala yang berlipat ganda. Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang merancang program untuk mendapatkan keredhaan Allah dengan mengadakan aktiviti untuk disertai oleh murid dan warga SKBC seluruhnya.  Program yang akan dijalankan selama sebulan  ini diharap dapat berjalan  dengan lancar.


OBJEKTIF PROGRAM

1.Melatih murid agar lebih positif dan mempunyai keyakinan diri.
2.Melahirkan murid yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3. Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.
4. Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
5. Murid- murrid dapat melaksanakan ibadah puasa dan sempurna.

Majlis perlancaran program Ihya’ Ramadan dijalankan pada 8 April 2022, Jumaat jam 8.00 pagi. Majlis di mulakan dengan bacaan Yasin oleh semua guru dan murid. Murid tahun 6 dikumpulkan di Dataran Berbumbung Nilam sementara murid tahun 4 dan 5 berada di kelas masing- masing. Bacaan Yasin dipimpin oleh Ustaz Ridzuan bin Mohamed, guru Bahasa Arab SKBC.
Sejurus selepas bacaan Yasin selesai, majlis perlancaran dimulakan dengan ucapan aluan oleh tuan Guru Besar , En. Muhamad Ali bin Alimin.

Murid-murid tahun 6 berkumpul di Dataran Berbumbung Nilam.
Ucapan perasmian oleh Tuan Guru Besar. Guru besar turut mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah menyumbang dalam tabung pembinaan Dataran Berbumbung.
Gimik dalam pelancaran Majlis Ihya Ramadan

Antara program yang akan di jalankan sepanjang Ramadan ialah :

  1. Tadarus al-Quran ( Sepanjang Ramadan di dalam kelas masing-masing.
  2. Pemasangan zikir sepanjang hari sepanjang persekolahan.
  3. Infaq Ramadan
  4. Kuiz Ramadan
  5. Teka silangkata Ramadan.
  6. Ceramah Nuzul Quran
  7. Tazkirah Ramadan.
  8. Pertandingan mewarna, melukis poster dan mencipta sampul raya .
  9. Majlis khatam al-Quran.

Diharapkan semua program yang di rancang akan berjalan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua warga SKBC serta diberkati oleh Allah SWT.

Disediakan oleh :
Zamilah bt Mohamed Yasin

Pin It on Pinterest

Share This