PTTS 2.0 dilaksanakan bagi memastikan semua murid Tahun 1 daripada pelbagai latar belakang, tahap penguasaan dan kesediaan dapat meneruskan proses pembelajaran mereka seterusnya. Kerangka konsep PTTS 2.0 dibangunkan berasaskan lima aspek iaitu sosioemosi, sikap dan nilai, kognitif (termasuk literasi dan numerasi asas), kreativiti dan estetika serta kesejahteraan fizikal dan kesihatan. Kelima-lima aspek ini dilaksanakan berasaskan pendekatan bertema dan bersepadu. Kejayaan pelaksanaan PTTS 2.0 bergantung kepada kerjasama dan sokongan ibu bapa/penjaga, pentadbir dan guru. Persekitaran sekolah dan rumah yang kondusif serta memberangsangkan juga amat penting dalam proses pembelajaran murid. Kerangka konsep PTTS 2.0 seperti dalam Rajah 1. PTTS 2.0 amat menekankan kepada persediaan dan penguasaan murid dalam kelima-lima aspek di atas bagi mengupayakan mereka untuk melangkah ke pembelajaran seterusnya di Tahun 1. Bagi merealisasikan hasrat tersebut cadangan aktiviti dalam Fasa Penyesuaian dan Fasa Kesediaan dibina berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 1. Namun begitu, jika terdapat murid yang masih berada di bawah tahap kesediaan dan penguasaan terutamanya dalam literasi dan numerasi asas, guru boleh merujuk kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK Semakan 2017) bagi merancang aktiviti yang sesuai.

Pelaksanaan PTTS 2.0 mengandungi dua (2) fasa iaitu:
Fasa 1: Fasa Penyesuaian dilaksanakan selama dua (2) minggu mengikut peruntukan waktu sehari yang telah ditetapkan. Merangkumi aktiviti suai kenal, aktiviti fizikal, aktiviti rutin, aktiviti pembelajaran, perbualan awal dan rehat. Melaksanakan pelbagai kaedah Pentaksiran Bilik Darjah(PBD) menggunakan item dalam Senarai Semak Kesediaan Murid (Lampiran A).
Fasa 2: Fasa Kesediaan dilaksanakan selama dua (2) minggu mengikut jadual waktu Tahun Satu. Melaksanakan pelbagai kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) menggunakan item dalam Senarai Semak Kesediaan Murid ( Lampiran A). Merancang pengajaran dan pembelajaran (Pdp) terbeza berdasarkan tahap kesediaan murid. Merujuk tema seperti dalam Kit PTTS 2.0 Pemilihan tema adalah mengikut minat, latar belakang dan persekitaran murid. Aktiviti yang bersesuaian boleh dirancang dengan tahap kesediaan murid dan kreativiti guru. Memastikan murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk pembelajaran seterusnya.
Bagi memastikan Program Transisi Tahun Satu 2021 dilaksanakan sebagaimana yang dihasratkan, pihak pentadbir perlu menjalankan pemantauan ke atas guru yang terlibat dalam program dari semasa dan semasa. Selain daripada itu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) juga memainkan peranan yang penting untuk membantu dan memberi sokongan kepada pihak sekolah. Lawatan kunjung bantu ke sekolah boleh dilaksanakan untuk memantau serta memberi bimbingan kepada guru dan pihak pentadbir. JPN, PPD dan sekolah juga boleh melaksanakan penilaian untuk melihat keberkesanan pelaksanaan program tersebut.

Program transisi dapat dilaksanakan dengan baik bermula pada 21 Mac hingga 15 April 2022 dengan bantuan dan kerjasama daripada semua ibu bapa dan guru tahun 1. Murid telah melaksanakan program transisi secara bersemuka dengan jayanya. Pelbagai aktiviti turut diadakan sepanjang program transisi dilaksanakan. Murid juga dipilih sebagai pemenang mengikut kategori sepanjang aktiviti dilaksanakan.

Laporan disediakan oleh Penyelaras Program Transisi Tahun 1 – Pn. Sarminah binti Maji.

Pin It on Pinterest

Share This