Panitia Pendidikan Seni Visual SK Bukit Changgang telah menganjurkan Bengkel dan Pertandingan Batik Canting bagi murid tahun 6.  Bengkel ini dijalankan pada 27 Julai 2022 bermula pukul 8.00 pagi  di Dataran Nilam dan Dewan Gemilang. Fasilitator yang mengendalikan aktiviti ini ialah  Nur D Art  Interprise.
Fasilitator memberi penerangan tentang cara-cara mewarna batik dengan betul.
Murid perempuan menjalankan aktiviti mewarna batik di dalam Dewan Gemilang manakala murid lelaki pula di Dataran Nilam. Semua murid menunjukkan minat yang tinggi semasa aktiviti dijalankan.
Hasil mewarna batik murid-murid yang sangat cantik. Masing-masing rasa bangga dengan tugasan kali ini.
20 orang murid yang telah dipilih sebagai penerima hadiah mewarna batik atas beberapa kriteria yang ditetapkan oleh fasilitator.
20 orang murid yang telah berjaya menjadi pemenang dalam pertandingan mewarna batik.
Murid-murid bergambar mengikut kelas masing-masing.

Bengkel ini berakhir pada pukul 12.30 tengah hari. Aktiviti ini dilihat dapat mencapai objektif standard pembelajaran dan sangat berkesan untuk murid-murid. Semoga aktiviti membatik ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Pin It on Pinterest

Share This