RASIONAL

Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua dan menjadi keperluan untuk dikuasai serta syarat lulus dalam setiap peperiksaan awam. Bagi meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris dan seterusnya meningkatkan penggunaan Bahasa Inggeris, Minggu Bahasa Inggeris dapat merealisasikan hasrat ini melalui pelbagai aktiviti dan program terancang khusus untuk melahirkan murid yang mempunyai ketrampilan berbahasa dan menguji bakat serta meningkatkan keyakinan diri.

MATLAMAT Dengan adanya Minggu Bahasa Inggeris ini dapat membimbing dan mempertingkat pengetahuan tentang aspek budaya sesuatu bahasa terutamanya dari segi kesesuaian berbahasa.

OBJEKTIF Pada akhir program ini berupaya: 1.Mencungkil bakat terpendam para murid. 2.Menanam minat murid untuk menguasai Bahasa Inggeris. 3.Menerapkan semangat ingin mencuba dan meningkatkan keyakinan diri murid-murid. 4.Menggalakkan murid-murid mempunyai semangat daya saing secara sihat dalam aktiviti yang disertai.

SASARAN Semua pelajar Sk Bukit Changgang tahun 1,2,3,4,5 dan 6. TARIKH PELAKSANAAN 15 November 2022 – 17 November 2022

KELEMAHAN Kawalan murid-murid yang hadir sebagai penonton bising menyebabkan peserta tidak dapat fokus dan terganggu. Penyertaan murid terhad kepada 2 wakil setiap kelas.

KEKUATAN Murid-murid menunjukkan minat untuk menyertai acara yang dipertandingkan seperti acara pertandingan bercerita, Spelling Bee dan sebagainya jika diberikan peluang dan galakan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 1.Menggunakan bantuan guru lain untuk mengawal keadaan murid. 2.Melaksanakan pelbagai aktiviti berbeza yang boleh memberi peluang kepada lebih ramai murid untuk melibatkan diri dalam minggu Bahasa Inggeris.

Laporan disediakan oleh Cancira a/p Igian

Pin It on Pinterest

Share This