Adik Mohd Arif Adham Bin Norazman dari SK Bukit Changgang telah meraih tempat ke 2 di Kejohanan Olahraga MSSD Kuala Langat. Kejohanan yang diadakan pada 18 – 21 Februari 2019 bertempat di Kolej Matrikulasi Banting melibatkan hampir 58 buah sekolah rendah di daerah Kuala Langat. Acara olahraga merupakan acara wajib yang perlu disertai oleh semua sekolah.

Arif Adham mencatatkan jarak 4.43m mengalahkan 50 peserta lain pada lompatan terakhir yang penuh dramatik dalam kumpulan lapan peserta terbaik yang tinggal di penghujung acara.

Tahniah & syabas kepada atlet, pengurus, jurulatih & guru pengiring. Terima kasih juga buat pentadbir & guru-guru SKBC atas sokongan yang diberikan.

SEMANGAT KENTAL BERJIWA CEKAL.

Pin It on Pinterest

Share This