MURID
GURU
KELAS PERDANA
KELAS PRASEKOLAH
Profil Sekolah
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang pada asalnya merupakan sebuah pondok yang diwujudkan pada tahun 1947 atas kesedaran penduduk kampung tentang pentingnya pendidikan formal.
Pondok kecil itu dikenali sebagai Sekolah Rakyat Kubang Beras.
Pada tahun 1950an ia dikenali sebagai Sekolah Umum Bukit Changgang.
Pada tahun 1960 telah dibina bangunan separuh batu dan nama sekolah turut ditukar menjadi Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang sehinggalah ke hari ini. Pada 27.09. 1968, bangunan sekolah telah dirasmikan oleh Encik Khir Bin Johari Menteri Pelajaran ketika itu.
En Mohamad Ali bin Alimin
GURU BESAR
PN MAZLINA BINTI MUSTAFA
GPK PENTADBIRAN
En Zainal bin Misman
GPK HEM
En. Azman bin Basri
GPK KOKURIKULUM
En. Zamhari bin Mohd Darwi
GPK PETANG
Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi
Sempena persaraan Puan Wan Nor Shaila binti Wan Mohammad, pihak sekolah telah mengadakan majlis berkenaan pada 14 Mac 2024. Beliau telah berkhidmat sebagai pendidik selama 31 tahun di tiga buah sekolah iaitu di SK KEM, Pengkalan Chepa(1993-1995), SK Shah Alam Seksyen...
Karnival Pendidikan Prasekolah 2023
Pada 2 Ogos 2023 bertempat di SK Kg.Medan telah diadakan acara Karnival Pendidikan Prasekolah. Sehubungan dengan itu, prasekolah SK Bukit Changgang turut terlibat dengan menghantar peserta berikut mewakili acara yang dipertandingkan. Sajak Qaseh Nur Assyifaa bt Abd...
Laporan Program Pencarian Bakat Prasekolah 2023
Program Pencarian Bakat Prasekolah telah selesai diadakan pada bulan Julai 2023. Antara objektif diadakan program ini ialah : Mencungkil bakat dan potensi murid dalam pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak. (JERIS) Membantu murid prasekolah menjalinkan hubungan yang...
SENAMROBIK SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2023
SK Bukit Changgang telah meraikan Hari Sukan Negara tahun 2023 dengan mengadakan aktiviti senamrobik. Senamrobik ini telah diadakan pada hari Jumaat bersamaan dengan 13 Oktober 2023. Semua warga SK Bukit Changgang turut sama-sama menyemarakkan aktiviti senamrobik ini....
KEJOHANAN PINGPONG MSSD KUALA LANGAT
TAHUN 2023
19 Jun 2022 - Pasukan pingpong SK Bukit Changgang telah menyertai Kejohanan pingpong Majlis Sukan Daerah Kuala Langat pada tahun 2023 yang bertempat di SJKC Tanjung Sepat pada 19 dan 20 Jun yang lalu. Seramai 10 orang pemain yang mengikuti pertandingan ini iaitu 5...
KEJOHANAN MERENTAS DESA SK BUKIT CHANGGANG
PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2023
16 Jun 2022 - Kejohanan Merentas Desa SK Bukit Changgang peringkat sekolah telah berlangsung dengan jayanya di Kampung Bukit Changgang bermula jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi. Acara penyampaian hadiah bermula pada jam 10.30 pagi sehingga jam 11.30 pagi....
Takwim Sekolah
Kami menyediakan takwim sekolah terkini untuk kemudahan anda merancang program sepanjang tahun dengan mudah. Klik butang dibawah untuk muat-turun
WARNA MERAH
Ketabahan dan kecekalan ketika menimba ilmu
GAMBAR OBOR
Bersemangat dan bersungguh untuk mencapai cita-cita
GAMBAR BUKU
Melambangkan pentingnya menuntut ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang
WARNA HITAM
Warna hitam menggambarkan ketenangan rohani dan sahsiah yang baik bagi menjaga imej sekolah
WARNA PUTIH
Kesucian naluri dan kebersihan hati dapat mengharumkan nama sekolah
Lagu Sekolah
Berilah Sumbangan Bakti Suci
Kepada Kami Anak Desa
Guru Kami Hormati
Ilmu Kami Pelajari
Skbc Ilmu Ditimba
Masyarakat Terus Berusaha
Pada Kami Jadi Harapan
Agama Rukun Negara
Sebagai Panduan
Agar Jadi Insan Teladan
Kejayaan Telah Terserlah
Penat Lelah Sama Dihadapi
Kejayaan Permainan Rohani Jasmani
Hidup Berdasar Cogan Kami
Lahirlah Rakyat Berakhlak Mulia
Putera-puteri Harapan Nusa
Skbc Bercahaya Bersinar Cahaya
Inilah Cita-cita Semua
Kami di Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang sentiasa komited dalam mencapai dasar Kementerian Pelajaran Malaysia seperti berikut
MISI KPM
VISI KAMI
Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik
Negara Sejahtera
CONGKATA
Cogankata ini bermaksud sekolah ini berusaha
melahirkan generasi yang cemerlang dan seimbang bagi memenuhi aspirasi negara sesuai dengan kehendak
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
OBJEKTIF KPM
Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu ;
Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera;
Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan Negara;
Memberikan peluang-peluang pendidikan kepada semua warnegara Malaysia.
MISI KAMI
MOTTO SEKOLAH
KENTAL
BERJIWA
CEKAL
SK Bukit Changgang lengkap dengan kemudahan terkini untuk pembelajaran para pelajar lebih kondusif
KES PONTENG
Peratus Kes Murid Ponteng Sekolah bagi semua tahun menurun 0.1 (%) daripada 1.1% kepada 1.0%
KEDATANGAN MURID
Kedatangan Murid ke Sekolah bagi semua tahun 93%
KES DISIPLIN
Tiada Kes Disiplin Peringkat Berat dan Peringkat Sederhana dan Peringkat Ringan hanya 1.0%
Peratus penurunan Kes Murid Lewat ke sekolah daripada 3% kepada 2.3%
Pencapaian murid melepasi gred D iaitu mencapai tahap minimum
Meningkatkan Skor Komposit Sekolah daripada Band 3 kepada Band 2