Pasukan Bola Tampar Perempuan bawah 12 tahun SK Bukit Changgang telah mara ke pusingan separuh akhir Kejohanan Bola Tampar MSSD Kuala Langat 2019. Kejohanan ini berlangsung di Dewan Terbuka SK Sijangkang Jaya dari 12 Februari 2019 hingga 14 Februari 2019. Sebanyak 12 pasukan perempuan yang menyertai kejohanan ini dan 4 pasukan yang melayakkan diri ke pusingan separuh akhir iaitu pasukan dari SK Bukit Changgang, SK Morib, SK Seri Cheding dan SK Kebun Bharu.

Kapten Pasukan SK Bukit Changgang iaitu adik Umairah bersyukur kerana penyertaan tahun ini membuahkan hasil dan dapat melayakan diri ke pusingan separuh akhir. Dia berharap agar pasukannya dapat merangkul Johan MSSD dalam kejohanan tersebut.
Jurulatih pasukan, Ustaz Nakhoie juga berharap setiap pemain dapat bermain dengan baik dan meningkatkan mutu permainan mereka pada perlawanan separuh akhir nanti dan melayakkan pasukan ke final nanti.
Semoga pasukan bola tampar dapat meningkatkan lagi kecemerlangan sukan sekolah.

Selamat Berjuang Pasukan Bola Tampar.. Go..go.. SKBC BOLEH…

Pin It on Pinterest

Share This