Pada 23 Februari 2019 yang lalu, Unit Tahun 6 telah mengadakan Program Permuafakatan yang melibatkan barisan pentadbir, guru-guru dan ibu bapa murid-murid Tahun enam.

Program dimulakan dengan aktiviti “ice breaking” yang dikendalikan oleh Encik Badrul Hisham. Para ibubapa berasa seronok dapat mengikuti aktiviti yang dijalankan.

Guru Besar, Encik Mohamad Ali bin Alimin menyampaikan ucapan mengenai peranan ibubapa dalam kecemerlangan akademik. Beliau berkongsi cerita dan maklumat mengenai ibubapa yang hebat dan anak- anak cemerlang dalam pelajaran. Seterusnya ucapan oleh YDP PIBG, Dato Ngadenin bin Musa. Beliau menyatakan kepentingan muafakat dalam hubungan dua pihak iaitu sekolah dan ibu bapa. Taklimat PPSR disampaikan oleh Encik Zailan bin Mohd Zaid, PK Pentadbiran. Beliau turut berkongsi ilmu dengan mengadakan kuiz interaktif melibatkan guru-guru dan ibubapa menggunakan telefon pintar. Semua peserta teruja menjawab soalan yang dikemukakan.

Penyelaras Tahun Enam, Puan Azlinda binti Saad, membentangkan belanjawan dan aktiviti Unit Tahun Enam 2019. Majlis diakhiri dengan bacaan ikrar akujanji semua ibu bapa yang hadir. Dengan kehadiran ramai ibu bapa ke majlis tersebut diharapkan dapat memberikan suntikan semangat dalam menjana idea dan kerjasama ke arah kecemerlangan akademik murid-murid dalam UPSR 2019.

Sesi ” ice breaking”

Pin It on Pinterest

Share This