Banting 6 Mac. – Karnival Sukan Prasekolah 2019 Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang, Banting dekat sini, berlangsung dengan penuh meriah baru-baru ini dengan penglibatan seramai 150 atlet cilik.

Sebanyak 6 buah rumah sukan mengambil bahagian pada Karnival sukan tersebut dalam 5 jenis sukan yang dipertandingkan. Semua murid pra sekolah melibatkan diri dalam karnival yang julung kali diadakan.

Yang Dihormati Tuan Pegawai Pendidikan Prasekolah Kuala Langat, En Adnan Ralip berkata, bidang sukan juga menjanjikan masa depan cerah dengan pendapatan lumayan kepada murid-murid selain dapat mengasah bakat sejak dari kecil.

” Sasaran utama menjadi atlet negara yang berjaya di persada antarabangsa seharusnya menjadi teras utama jika pelajar meletakkan Sukan menjadi keutamaan selain tidak menidakkan kejayaan akademik”.

Menariknya,acara perasmian dilakukan dengan dimulakan menembak anak panah sebagai simbolik perasmian.

Di akhir sukan tersebut,Rumah biru dinobatkan sebagai juara keseluruhan dan diikuti tempat ke-dua dimenangi oleh rumah merah selepas menewaskan rumah hijau, unggu,oren dan kuning.

Pin It on Pinterest

Share This