Tiga orang murid SK Bukit Changgang iaitu Nur Alya Wardina binti Mohamad Rodzi, Zahirah Dania binti Zainizam dan Sarah binti Faziazam telah menyertai pertandingan sahibba yang telah diadakan di Sek. Men. Keb. Telok Panglima Garang pada 28 Februari 2019.

Zahirah Dania dapat menyertai pertandingan ini sehingga ke peringkat suku akhir.

Alya Wardina pula mara sehingga ke peringkat separuh akhir bersama 16 peserta yang lain. Penyertaan Alya berakhir pada peringkat ini sahaja apabila tidak terpilih ke peringkat seterusnya.

Sarah hanya dapat bertarung pada peringkat awal sahaja setelah tewas dengan lawannya dalam satu kumpulan.

Semoga pertandingan ini menjadi titik permulaan bagi ketiga-tiga peserta ini untuk terus melibatkan diri dalam apa juga pertandingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah mahupun pihak luar.

Pin It on Pinterest

Share This