Murid-murid tahun 6 menjalankan aktiviti.

Bacaan doa oleh Tn. Hi. Ridzuan

Ucapan aluan oleh Pn. Masirah sebagai juru acara majlis.

Ucapan Guru Besar-En. Mohamad Ali b. Alimin.

Taklimat disiplin oleh Pn. Norizan bt. Zakaria

Ice breaking dijalankan oleh En. Badrul Hisham.

Hasil kerja kumpulan

Perbincangan dalam kumpulan.

Pada 26 Februari 2019 yang lalu, Unit Bimbingan Dan Kaunseling Serta Unit Tahun 6 telah menjalankan Program Maju Diri (PMD) khusus untuk murid-murid tahun 6.

Di antara objektif dijalankan PMD ini ialah untuk mendedahkan kepada murid peranan dan tanggungjawab mereka ketika berada di sekolah. Seterusnya untuk meningkatkan motivasi diri murid, mendedahkan kemahiran belajar yang berkesan serta mewujudkan sikap bekerjasama dan berdikari di kalangan murid-murid.

Aktiviti dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Tn.Hj. Ridzuan b. Mohamed. Diikuti pula dengan ucapan Guru Besar, En. Mohamad Ali b. Alimin. Guru Besar mengingatkan tentang tingkah laku yang mulia atau beradab sopan untuk menjadi pelajar yang cemerlang.

Aktiviti diteruskan dengan ice breaking yang diketuai oleh Encik Badrul Hisham. Murid-murid berasa seronok menjalankan aktiviti ini.

Seterusnya taklimat disiplin disampaikan oleh Pn. Norizan bt. Zakaria, Guru Pengawas SKBC menggantikan En. Mohamad Khairil Hazim, Guru Disiplin SKBC. Beliau menceritakan serba sedikit tentang disiplin murid. Untuk berjaya murid-murid perlulah mematuhi disiplin yang telah ditetapkan. Jangan sesekali melanggar disiplin.

Seterusnya aktiviti Latihan Dalam Kumpulan(LDK). Murid-murid dibahagikan kepada 14 Kumpulan kecil. Mereka diberikan beberapa tugasan untuk diselesaikan. Masa yang diperuntukkan ialah satu jam. Di sini kita boleh melihat kerjasama dalam kumpulan tersebut.

Akhir sekali dibuat rumusan tentang program hari ini. Majlis diakhiri dengan lafaz ikrar yang diketuai oleh Ketua Pengawas iaitu Muhammad Fawwaz b. Mohamad Shahrul Nizam.

Diharapkan program ini dapat memberi pengalaman kepada murid-murid dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.

Pin It on Pinterest

Share This