Guru- guru Bahasa Arab sering menghadapi cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab kerana murid-murid menganggap mata pelajaran ini sesuatu yang membosankan dan susah. Oleh itu, guru harus memainkan peranan yang amat besar dalam menarik minat murid untuk membuang persepsi mereka terhadap mata pelajaran ini.
Menurut Ishak Mohd Rejab (1992) mengatakan bahawa salah satu masalah yang timbul dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab adalah berpunca daripada kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru kurang sesuai dan kurang berkesan.
Bagi mengatasi masalah tersebut, guru pelatih Mohd Asyraf Rasyidi bin Zulkefli dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi telah membina satu projek inovasi di SK Bukit Changgang yang diberi nama Smart Fruits Arabic. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa arab. Satu inisiatif telah diambil bagi memberi satu kelainan kepada murid untuk mempelajari serta mengingat kosa kata bahasa arab dengan lebih menarik dan praktikal. Inovasi yang dibangunkan ini dapat menarik minat murid untuk mempelajari tajuk ini kerana terdapat aktiviti – aktiviti yang menarik seperti digital book, kaedah Qr –Qode, dan aktiviti pengukuhan dalam aplikasi Quizzi. Secara khususnya dengan menggunakan permainan digital selaras dengan perkembangan teknologi.
Projek inovasi ini juga bertujuan untuk memupuk semangat inkuiri murid untuk mempelajari sesuatu isi pelajaran di samping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu menyeronokan dan tidak membosankan.
Recent Comments