Banting ,9 April 2019- “Jauh berjalan luas pandangan bertambah pengetahuan.” Lawatan Prasekolah SK Bukit Changgang pada tahun ini melibatkan seramai 118 orang murid dengan kekuatan 12 orang guru. Tempat yang kami lawati ialah Restoren Pizza Hut Puchong dan Kajang, Kilang Biskut Beryl’s dan Kilang Ais Krim Polar.
Lawatan kali ini ke tempat pembuatan makanan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid berkaitan kecanggihan teknologi pembuatan makanan masa kini. Antara aktiviti menarik di Restoran Pizza Huts ialah, murid dan guru berpeluang untuk menyediakan pizza mengikut cita rasa masing-masing disamping dapat melihat tempat membakar doh di bahagian dapur dengan diiringi oleh pengurus disitu. Pengalaman sebegini sukar didapati dan perlu dihargai. Keseluruhan aktiviti ini berjaya dilaksanakan oleh murid dengan menghias ‘topping’ sendiri. Secara tidak langsung ia dapat mencungkil bakat terpendam murid dan menanam minat dalam bidang bakeri dan katering.
Selepas itu, kami bergerak pula ke kilang Biskut Beryl’s. Di sambut dengan senyuman mesra dari kakikatangan Beryl’s yang ramah. Murid-murid diberi taklimat pembuatan biskut. Selain itu, kami berpeluang melihat proses pengadunan sehinggalah proses pembungkusan biskut. Kami dijamu dengan biskut yang enak. Sebelum beredar pihak kilang Beryl’s telah memberi cenderahati biskut kepada semua guru dan murid.
Tempat terakhir yang kami lawati adalah tempat yang cukup digemari oleh kanak-kanak iaitu Kilang Aiskrim Polar yang terletak di Balakong Melangkah masuk ke kilang tersebut telah terasa kesegarannya dengan aroma ais krim yang enak. Kami telah diberi taklimat berkaitan pembuatan ais krim. Dengan pelbagai perasa dan bentuk yang menarik, kami juga berpeluang melihat mesin-mesin yang digunakan untuk memproses ais krim. Selain itu produk ini juga di jamin Halal dan mengikut standard pemprosesan yang dibenarkan. Setiap pekerja juga perlu menitikberatkan kebersihan dan keselamatan bagi menjamin produk yang di hasilkan.
Keseluruhan aktiviti lawatan ini telah mencapai objektifnya dengan dapat mendedahkan murid-murid kepada pembelajaran luar bilik darjah serta memperkenalkan teknologi pembuatan pemakanan masa kini. Semoga pembelajaran ini memberi manfaat kepada semua.
Recent Comments