Seramai enam orang murid Sek. Keb. Bukit Changgang telah terlibat dalam Kursus Kenaikan Pangkat melalui perkhemahan yang dijalankan di SK Kanchong Tengah pada 19, 20 dan 21 Mac 2019. Murid- murid berkenaan ialah Muhammad Ayuherwani Putra bin M.Herwan, Muhammad Faiz bin Arshad, Muhammad Adib Imran bin Mohamad Nizan, Ahmad Syamil bin Ahmad Murni, Nur Raihanah Fatin binti Ramlee dan Nurul Aina binti Abdul Zaidi.

Pelbagai ujian yang perlu dilalui oleh semua peserta seperti ujian bertulis, ujian kecergasan fizikal, ikatan dan balutan, kerohanian dan kawad kaki.

Raihanah dan Nurul Aina bersedia sebelum diuji.

Peserta perlu menguasai balutan untuk kepala, tangan, lutut dan kaki.

Khemah perlu dipasang dengan kemas dan teguh.

Aktiviti memasang khemah dilakukan selepas selesai pendaftaran.

Aktiviti memikul beban dalam ujian kecergasan fizikal sangat mencabar bagi peserta yang terpaksa mengangkat rakannya yang lebih besar dan berat.

Aktiviti tekan tubi.

Bangkit tubi dapat dilakukan peserta dengan mudah.

Ikatan merupakan ujian yang harus dikuasai oleh peserta untuk memperoleh markah yang tinggi.

Peserta dibantu oleh pembantu jurulatih untuk berkawad sebelum diuji.

Peserta diuji oleh dua orang seketariat dalam ujian kawad kaki.

Ujian ikatan bagi peserta lelaki melibatkan ikatan simpul manuk, buku sila, bunga geti, tindih kasih dan simpul pengail.

Aktiviti mengemas khemah dilakukan sebaik sahaja majlis penutupan berakhir.

Makan tengah hari sebelum balik pada hari terakhir.

Empat orang murid telah berjaya mendapat pangkat Koperal manakala dua orang lagi Lans Koperal.

Muhammad Faiz bin Arshad memperoleh pangkat Lans Koperal.

Ahmad Syamil bin Ahmad Murni memperoleh pangkat Lans Koperal.

Muhammad Ayuherwani Putra memperoleh pangkat Koperal.

Muuhammad Adib Imran bin Mohamad Nizan memperoleh pangkat Koperal.

Nur Raihanah Fatin bin Ramlee memperoleh pangkat Koperal.

Nurul Aina binti Abdul Zaidi memperoleh pangkat Koperal.

Tahniah kepada dua orang peserta perempuan SKBC yang berjaya mengikuti perkhemahan ke peringkat negeri.

Pin It on Pinterest

Share This