Program ini telah dijalankan di SK Bandar Baru, Kuala Selangor bermula dari 16 April hingga 19 April 2019. Peserta yang terlibat ialah seramai 325 orang murid yang telah memperoleh pangkat koperal di peringkat sekolah masing- masing. Para peserta perlu melalui 10 ujian untuk lulus dan dinaikkan ke pangkat sarjan. Antara ujian yang perlu ditempuhi ialah:

1. Kawad kaki

2. Tali temali dan gajet

3. Bantu mula

4. Pandu arah

5. Ikhtiar hidup

6. Keusahawanan

7. Kerohanian dan moral

8. Permainan tradisional

9. Pengucapan awam

10. Tarian perang

Setiap pengujian amat bermakna dalam menentukan sarjan yang cemerlang. Walaupun peserta dibahagikan dalam kumpulan yang berbeza, markah yang diperoleh adalah dikira secara individu.

Dua orang murid SKBC berjaya melayakkan diri untuk mewakili Daerah Kuala Langat dalam perkhemahan perdana tersebut iaitu Nur Raihanah Fatin binti Ramlee dan Nurul Aina binti Abdul Zaidi.

Kawad kaki dijalankan dalam kumpulan yang telah ditetapkan.

Ujian kecergasan sejauh 1.2 km wajib lulus disertai oleh semua peserta.

Sebelum memasak kena cari ranting kayu dan hidupkan api terlebih dahulu.

Hari ini kita bakar jagung sama-sama. Selepas itu kita makan.

Makan bersama-sama di khemah yang disediakan oleh pihak penganjur.

Semua peserta bersedia sebelum majlis pentauliahan bermula.

Nurul Aina berjaya mendapat pangkat Sarjan ( Anugerah emas).

Nur Raihanah Fatin berjaya mendapat pangkat Sarjan ( Anugerah Perak).

Alhamdulillah. Dua-dua murid berjaya. Gembira sangat.

26 orang berjaya ditauliahkan sebagai Sarjan manakala 6 masih kekal sebagai Koperal.

Bersedia untuk balik setelah berada di sini selama tiga hari dua malam. Sebelum balik bergambar dulu sementara tunggu bas.

Kontinjen dari daerah Kuala Langat dengan 7 orang jurulatih dan 32 orang peserta.

Pin It on Pinterest

Share This