Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi merupakan tema sambutan Hari Guru tahun ini. 15 orang guru dan kakitangan sekolah telah menyertai pertandingan ini. Walaupun agak sukar untuk memilih pemenang kerana hasil tulisan para peserta cantik-cantik, tetapi setelah dinilai melalui beberapa pandangan dan kriteria, akhirnya pemenangnya telah diperoleh. Tiga orang pemenang utama dan 5 orang penerima hadiah sagu hati disampaikan pada sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Tahniah pada yang berjaya, pada yang tidak berjaya, jangan putus asa. Cuba lagi pada pertandingan akan datang. Semoga pertandingan ini tidak terhenti di sini, tetapi dapat diteruskan pada tahun berikutnya.

Juara pertandingan tulisan berangkai ialah Encik Ahmad Razali (AJ).

Pemenang tempat kedua ialah Cik Roslizawati binti Mahaji.

Pemenang tempat ketiga ialah Puan Nafisah binti Ismail.

Pin It on Pinterest

Share This