Seawal 7.00 pagi, 24 orang murid Tahun 5 SK Bukit Changgang telah berkumpul di hadapan sekolah untuk sama-sama berkayuh ke Paya Indah Wetland. Rancangan yang diatur oleh Cikgu Fitri ini disambut baik oleh beberapa orang guru yang turut sama menyertai aktiviti ini iaitu GPK Pentadbiran En. Zailan B. Mohd Zaid, En Wan Sharifuddin dan En. Zulhazwan. Bagi memastikan keselamatan murid-murid ini terjamin, tiga orang pegawai Rela turut sama membantu di sepanjang perjalanan mereka.

Bergambar dulu sebelum bergerak.

Murid yang mahir membantu membaiki basikal yang rosak.

Dalam perjalanan, kumpulan ini sempat singgah di rumah GPK Kokurikulum, Pn. S. Rosy.

En. Zailan tidak melepaskan peluang untuk menyertai program ini .

Seronoknya dapat berbasikal, setelah lama merancang, akhirnya tercapai juga hasrat kami.

Setelah penat berkayuh, berehat sebentar dan menikmati mi goreng yang sangat enak.

Inilah dia guru-guru dan petugas Rela yang mengiringi semua peserta agar sentiasa selamat.

Cikgu Fitri memastikan semua muridnya ada di situ sambil bertanyakan jika ada masalah yang mereka hadapi.

Prasarana di Paya Indah Wetland sangat menarik dan sesuai untuk dijalankan pelbagai aktiviti.

Bersedia untuk menyambung semula berbasikal setelah berehat hampir 30 minit.

Peluang untuk melihat badak makan tercapai pada hari ini.

Murid- murid dapat melihat rebung di situ. Sebahagian besar murid tidak tahu pun sebelum ini.

Ini pula pokok duit-duit.

Bersedia untuk pulang ke sekolah semula.

Kami di Paya Indah Wetland. Semoga program ini dapat diteruskan pada tahun akan datang.


Pin It on Pinterest

Share This