Persatuan Alumni KRS Malaysia (KARESMA) dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan perkhemahan KRS International Camp 2019 yang melibatkan lebih kurang 1068 orang murid KRS dan TKRS dari seluruh Malaysia. Program ini juga mendapat kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan PPD Kuala Langat. Hanya pasukan dari Thailand yang turut serta daripada 3 negara telah diundang untuk hadir dalam perkhemahan tersebut iaitu Indonesia, Brunei dan Thailand.

Perkhemahan tersebut diadakan pada 22 – 25 Julai 2019 di Kem Lambaian Danau, Kg. Chinchin, Jasin, Melaka.

Objektif perkhemahan ini adalah untuk meningkatkan semangat jati diri serta semangat perpaduan melalui pelbagai aktiviti pengintegrasian. Selain itu, mengukuhkan ketahanan fizikal serta minda murid serta memantapkan kemahiran memimpin melalui pelbagai penglibatan aktiviti.

Aktiviti yang dijalankan adalah secara kumpulan integrasi iaitu pertandingan pandu arah, bantu mula, membina gajet dan ikatan, keusahawanan, merentas halangan, ikhtiar hidup dan masakan rimba.

Seorang daripada murid SK Bukit Changgang turut terlibat dalam perkhemahan iaitu Nurul Aina Binti Abdul Zaidi dari kelas 5 Karisma.

Nurul Aina bersama rakan-rakan dari daerah yang berlainan berkumpul di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor sebelum bergerak ke Melaka dengan menaiki bas.

Aina boleh tersenyum setelah berjumpa rakan-rakan walaupun sebelum ini agak risau untuk turut serta dalam perkhemahan ini.

Sempat bergambar dengan pengurus dan jurulatih kontingen Selangor.

Bas yang membawa TKRS Selangor ke Lambaian Danau, Melaka.

Rehat sebentar di R&R Seremban sambil makan dan minum.

Peserta berbaris setelah khemah siap dipasang.

Makan malam bersama-sama sebelum melakukan aktiviti seterusnya.

Aina memasang khemah bersama-sama rakannya.

Bergambar bersama seorang daripada juru latih daripada kontingen Selangor.

Semua kadet solat secara berjemaah di dewan yang besar di situ.

TKRS lelaki daripada Thailand solat berjemaah di dewan yang sama.

Comel-comel kadet dari Thailand ni.

Stesyen keusahawanan, semua kadet perlu membuat kuih Cek Mek Molek dalam aktiviti masakan rimba.

Ubi keledek perlulah direbus dahulu sebelum dilenyek sehingga halus.

Kadet lelaki pun dapat siapkan kuih dengan cantik.

Perhimpunan pagi pada hari ketiga.

Nurul Aina bersama kumpulannya bersedia untuk melakukan aktiviti seterusnya walaupun jauh di sudut hati telah mula merindui keluarga yang jauh di mata.

Jurulatih yang setia bersama pasukan untuk membantu segala keperluan ahli TKRS.

Aktiviti ikhtiar hidup, membina alat untuk menangkap ikan iaitu serkap. Kemudian sama- sama masuk ke sungai untuk menangkap ikan.

Alhamdulillah. Saya dah dapat ikan. Pengalaman yang sangat bermakna. Teruja sangat.

Aktiviti membina gajet.

Aktiviti merentas halangan.

ì

Kadet memakai jaket keselamatan sebelum memulakan aktiviti.

Malam akhir, berkumpul untuk raptai majlis penutup.

Semua peserta bergambar sebelum pulang ke destinasi masing-masing.

KRS dan TKRS dari negeri Selangor bersama juru latih.

Sarjan Nurul Aina bersama 2 sijil yang baru diperoleh dalam perkhemahan ini.

Semua kadet singgah sebentar di Bandar Hilir Melaka.

Teman sekhemah sepanjang di sana. Berkumpul di JPN Selangor sebelum diambil oleh ibu bapa.

Pin It on Pinterest

Share This