Pada 5 Mac 2019, hari Selasa, telah berlangsungnya Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Peringkat Daerah di SK. Sungai Manggis , Banting. SK. Bukit Changgang telah menghantar 2 orang peserta iaitu Nik Nur Athirah Binti Nik Nor Hisham mewakili peserta Tahap 1 dan Qaseh Nur Summayah binti Muhamad Fauzi mewakili peserta Tahap 2.

Adik Nik Nur Athirah yang merupakan murid tahun 3, telah menyampaikan cerita yang bertajuk “Penebang Kayu Dengan Anaknya” manakala Adik Qaseh murid tahun 6, menyampaikan cerita yang bertajuk “Seruling Sakti”.

Alhamdulillah, berkat usaha dan latihan yang berterusan , kedua-dua peserta ini masing-masing telah menjadi Johan Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Peringkat Daerah Kuala Langat.

Kemenangan ini melayakkan kedua-duanya mewakili Daerah Kuala Langat dalam Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada 27 Julai 2019 , bertempat di SK. Jalan Empat, Bangi.

Kali ini, Adik Nik Nur Athirah masih membawakan tajuk cerita yang sama, manakala Adik Qaseh membawa cerita “Kerana Sekeping Hati”. Walaubagaimana pun, kali ini nasib tidak menyebelahi mereka kerana hanya mendapat hadiah saguhati. Namun, penglibatan sehingga ke peringkat negeri adalah sesuatu yang amat membanggakan dan dapat dijadikan pengalaman baru.

Apa pun, sekalung tahniah diucapkan kepada Adik Nik Nur Athirah dan jurulatihnya, Puan Wan Nor Shaila binti Wan Mohammad, serta Adik Qaseh Nur Summayah dan jurulatihnya, Puan Norizan binti Zakaria atas usaha dan latihan yang bersungguh-sungguh.

Adalah menjadi harapan dan impian semua, semoga pada tahun-tahun akan datang kejayaan akan terus menjadi milik SKBC. InsyaAllah.

Pin It on Pinterest

Share This