Banting,19 Julai 2019- Pelancaran program Jom Ke Sekolah Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang untuk murid-murid sesi petang Tahun 2 dan 3 telah diadakan dengan jayanya di Dewan Gemilang.

Majlis bermula selepas Solat Jumaat pada pukul 3.00 petang dan dimulakan dengan bacaan doa dan sesi pengenalan oleh penceramah jemputan yang diundang. Murid-murid bersama-sama guru berasa sangat seronok dan teruja dengan aktiviti yang dijalankan antaranya ialah nyanyian lagu motivasi,kata-kata hikmat dan permainan kumpulan.

Majlis penutup telah diakhiri dengan penyampaian cenderamata oleh Guru besar SK Bukit Changgang En Mohamad Ali bin Alimin dan Penolong Kanan Petang En Azman bin Basri.

Majlis berakhir pada pukul 5.30 petang.Murid-murid beredar untuk menunaikan Solat Asar di Surau Al Hidayah.Semoga dengan pelancaran program ini dapat memberi semangat kepada murid-murid untuk terus datang ke sekolah setiap hari.

Pin It on Pinterest

Share This