20 Jun 2019, Pertandingan Tunas Kreatif Prasekolah peringkat Daerah Kuala Langat dijalankan di SK Olak Lempit, Banting bagi mencungkil bakat anak-anak cilik prasekolah dalam pelbagai aktiviti yang dipertandingankan.

Antara aktiviti yang dipertandingkan adalah pertandingan seni kreatif yang terdiri daripada acara mewarna, kolaj, seni binaan serta capan. Jelas terpancar bakat anak-anak ini melalui aktiviti tersebut. Bakat yang di gilap menunjukkan kreativiti dan imaginasi kanak-kanak sangat luar biasa..

Prasekolah SK Bukit Changgang telah menghantar beberapa peserta di dalam acara yang dipertandingkan dan diiringi oleh guru prasekolah iaitu Pn Norfaezah Johari dan Pn Nor Elzianie Salleh.

Kejayaan memihak kepada adik Mohamad Irsyad Zafran bin Mohd Ghazali yang telah memenangi Naib Johan dalam pertandingan mewarna peringkat Daerah Kuala Langat 2019.

Pin It on Pinterest

Share This