Pada 22 Jun 2019, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan gotong-royong mengecat pagar Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang. Seramai 80 anggota kadet SPRM telah menjayakan aktiviti ini yang bermula seawall 8.00 pagi. Gotong-royong ini turut di sertai warga SKBC seperti AJK PIBG, para pentadbir dan juga guru-guru.
Kadet SPRM yang terlibat dengan aktiviti gotong-royong ini merupakan pegawai yang akan tamat latihan. Selain mengecat tembok pagar swkolah, mereka juga memotong rumput di kawasan padang dan menebang pokok besar yang agak berbahaya kepada murid-murid. Pihak Majlis Daerah Kuala Langat dan JKR juga menghulurkan bantuan Lori untuk membawa potongan pokok besar serta barang-barang lupus ke tempat pembuangan sampah. Pihak SPRM juga berbesar hati menyumbang pondok wakaf untuk kegunaan murid-murid SKBC. Warga SKBC sangat berterima kasih kepada pihak SPRM yang sudi mengadakan khidmat masyarakat di sekolah ini.

Pin It on Pinterest

Share This