Pada 21 Jun 2019 yang lalu, Skbc telah mengadakan Hari Terbuka Akademik. Program ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh sekolah pada setiap tahun.

Hari Terbuka Akademik merupakan hari yang diadakan untuk mengalu-alukan ibubapa datang ke sekolah untuk menerima slip Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi tahap 2 dan slip penilaian bilik darjah (PBD) bagi tahap 1.

Pada waktu inilah ibubapa akan bersemuka dan berbincang dengan tentang perkembangan anak-anak masing-masing setelah separuh penggal menjalani pdpc. Segala kekurangan atau kelebihan anak masing-masing dibincang untuk diperbaiki pada masa akan datang.

Program ini berjalan lancar dengan kerjasama guru-guru dan pihak pentadbir sekolah.

Antara gambar yang dirakam semasa sesi berlangsung.

Pin It on Pinterest

Share This