Sijangkang,Selangor ,22 Ogos 2019. Kekalahan diluar jangkaan SK Bukit Changgang di kejohanan bola tampar (lelaki ) bawah 11 tahun bukan sahaja mengejutkan jurulatih malah perserta dari sekolah lain yang turut sama-sama bertanding.ini kerana SK bukit Changgang merupakan calon “favorite” kejohanan namun telah tewas diperingkat awal dengan sekolah SK Sg Kelambu dengan kiraan 2 set sahaja dan hanya mengambil masa selama 15 minit.Kejohanan diadakan di dewan terbuka SK Sijangkang Jaya dengan dihadiri oleh 12 buah sekolah sekitar daerah Kuala Langat.Kejutan seterusnya apabila SK Bukit Changgang yang diwakili oleh 10 orang pelajar lelaki dalam linkungan umur 8-11 tahun tewas sekai lagi kepada tuan rumah kejohanan SK Sijangkang.Jurulatih Pasukan, Encik Zailan bin Mohd Zaid yang ditemui selepas pertandingan merasa agak terkilan dengan kekalahan dan menyifatkan “kekurangan teknikal yang baik serta kerja berpasukan menjadi punca kekalahan pasukan.Latihan secukupnya telah diberikan tetapi perserta menjadi hilang punca ketika di gelanggang dan mental mereka menjadi lemah apabila tidak mendapat sokongan lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan pasukan tuan rumah”.Walaupun sokongan dan kata-kata peransang diberikan berterusan dari pada guru pengiring tetapi ia tidak cukup memberi semangat untuk pasukan yang diketuai oleh adik Muhammad Darwisy Muhammad Aizuddin selaku ketua pasukan untuk bermain dengan lebih baik.”kami kurang berkomunikasi sebagai satu pasukan dan pasukan lawan memberi saingan yang sangat kuat” ujar beliau.Walaupun tewas , tahniah diucapkan kepada perseta kerana menyertai kejohanan atas dasar semangat kesukanan dan telah melalui latihan getir insentif selama sebulan di bawah kelolaan jurulatih iaitu Encik Zailan bin Mohd Zaid. Semoga ia tidak melunturkan semangat kesukanan pelajar dan diharap pada kejohanan pada tahun hadapan SK Bukit Changgang akan dapat melahirkan atlet kecil yang boleh menjadi kebanggaan sekolah dan sekaligus mengharumkan nama sekolah.

Pin It on Pinterest

Share This