Banting,1 Ogos 2019, “Sesiapa yang berusaha, pasti akan berjaya. Itulah yang disematkan di dalam hati pemain-pemain bola tampar kategori lelaki bawah 10 tahun yang dianggotai seramai 8 orang pemain yang diketuai oleh adik Muhammad Hafizuddin bin Azmi , adik Najwan Wafiq bin Zailan, adik Muhammad Khairul Ikhwan bin Suh\naimi, adik Muhammad Hakimi bin Mohd Hazizi, adik Syarizwan Syazril bin Saipol, adik Mikhael Rayqal bin Mohd Yani, adik Muhammad Safwan Hadi bin Mohamadiah dan adik Ahmad Zarie Fahimi bin Nasri.Pertandingan yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Sijangkang Jaya yang bermula pada jam 8.30 pagi yang turut disertai oleh 12 buah sekolah yang lain iaitu tuan rumah sendiri, Sekolah Kebangsaan Sijangkang Jaya seterusnya Sekolah Kebangsaan Jenjarom, Sekolah Kebangsaan Kebun Bharu, Sekolah Kebangsaan Seri Cheeding, Sekolah Kebangsaan Bandar Banting, Sekolah Kebangsaan Morib dan beberapa sekolah lain lagi.Menurut ketua pasukan bola tampar lelaki Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang, adik Muhammad Hafizuddin bin Azmi, “Kami akan melakukan yang terbaik untuk pasukan ini. Semoga berkat doa jurulatih, guru-guru dan rakan-rakan, kami akan berjaya menjadi johan”.Pemain daripada pasukan Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang mendapat undian dalam kumpulan C diikuti dengan Sekolah Kebangsaan Sungai Kelambu, Sekolah Kebangsaan Bandar Banting dan Sekolah Kebangsaan Jenjarom. Pada set pertama, Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang telah menewaskan Sekolah Kebangsaan Bandar Banting iaitu 15-6,13-15 dan 15-8. Seterusnya pada set yang kedua, Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang telah menewaskan Sekolah Kebangsaan Seri Cheeding iaitu 15-13 dan 15-8.Selaku juara kumpulan C , pada peringkat separuh akhir Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang telah bertemu dengan Sekolah Kebangsaan Sijangkang Jaya iaitu selaku tuan rumah dan kemenangan berpihak kepada tuan rumah, Sekolah Kebangsaan Sijangkang Jaya iaitu dengan mendapat mata 15-11 dan 15-14.Nasib tidak menyebelahi pasukan bola tampar lelaki untuk menjadi juara namun, mereka mendapat tempat ketiga berkongsi tempat dengan pasukan dari Sekolah Kebangsaan Morib. Walaubagaimanapun, mereka tetap juara kerana kesungguhan mereka untuk menjadi juara. Syabas dan tahniah untuk pemain pasukan bola tampar Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang.

Pin It on Pinterest

Share This