Banting, 31 Julai 2019, ‘Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan’. Itulah yang disematkan di dalam hati pemain-pemain bola tampar kategori perempuan bawah 10 tahun yang dianggotai seramai 7 orang pemain yang terdiri daripada adik Nuwairah Qaisara binti Zailan, adik Norhamdania binti Hamdan, adik Nuriman Zulaikha binti Mohd Rahime, adik Raudhatul Jannah binti Muhammad Azli, adik Rayn Arianna Zafreen binti Mohd Shakir, adik Noor Qistina Dania binti Mohd Radzley dan adik Siti Nurdamia Safiya binti Mohd Fakhzan.Pertandingan yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Sijangkang Jaya yang bermula pada jam 9.00 pagi yang turut disertai oleh 7 buah sekolah yang lain iaitu tuan rumah sendiri, Sekolah Kebangsaan Sijangkang Jaya seterusnya Sekolah Kebangsaan Jenjarom, Sekolah Kebangsaan Kebun Bharu, Sekolah Kebangsaan Seri Cheeding, Sekolah Kebangsaan Bandar Banting dan Sekolah Kebangsaan Morib.Menurut jurulatih pasukan bola tampar Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang, Encik Zailan bin Mohd Zaid, “Latihan yang dilakukan setiap hari di waktu petang untuk semua pemain diharapkan berbaloi dan akan mendapat tempat pada pertandingan KATMO kali ini”.Pemain daripada pasukan Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang mendapat undian dalam kumpulan C bersama-sama dengan Sekolah Kebangsaan Sijangkang Jaya dan Sekolah Kebangsaan Jugra. Pada set pertama, Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang telah menewaskan Sekolah Kebangsaan Bandar Banting daripada kumpulan A iaitu 15-6,13-15 dan 15-8. Seterusnya pada set yang kedua, Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang telah menewaskan Sekolah Kebangsaan Seri Cheeding daripada kumpulan B iaitu 15-13 dan 15-8.Selaku juara kumpulan C, pada peringkat akhir Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang telah bertemu dengan Sekolah Kebangsaan Sijangkang Jaya yang telah Berjaya mrngalahkan kumpulan A dan B dan kemenangan berpihak kepada Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang iaitu dengan mendapat mata 15-11 dan 15-13.Segala kegelisahan di dalam hati jurulatih dan pengurus pasukan telah terungkai dengan kemenangan yang diberikan oleh pasukan bola tampar perempuan. Satu lagi debaran menanti untuk esok hari iaitu pasukan bola tampar lelaki akan beraksi dan semoga kemenangan akan berpihak pada mereka.

Pin It on Pinterest

Share This