Program Ziarah Cakna merupakan satu program baru yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Program ini dirangka oleh KPM bagi menerapkan amalan nilai murni yang menzahirkan nilai kegembiraan, kasih sayang dan hormat menghormati dalam kalangan warga sekolah dan juga masyarakat luar.
Pada bulan Februari hingga September para pentadbir dan guru-guru SKBC telah menjalankan beberapa siri ziarah cakna ke rumah murid-murid.
Program yang akan dijalankan sepanjang tahun 2019 ini bertujuan untuk memperluaskan konsep sekolah penyayang dan memperkukuh hubungan antara sekolah dengan ibu bapa / penjaga melalui ziarah guru ke rumah murid.
Pihak sekolah akan menziarahi rumah murid untuk bertanya khabar dan berkongsi perkembangan murid serta memahami latar belakang keluarga mereka.
“Guru-guru lebih mendalami tingkahlaku, merasai denyut kehidupan murid di rumah dan lain-lain keperluan atau bantuan kepada murid”.
Recent Comments