• Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang pada julung kalinya telah menghantar penyertaan bagi Kejohanan Sukan Pembangunan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Sekolah Daerah Kuala Langat (MSSD) yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Banting pada 26 Ogos 2019.Sukan Pembangunan Olahraga merupakan acara sukan yang melibatkan para peserta di bawah kategori umur 11 dan 10 tahun.Tujuannya adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru di peringkat awal usia agar pencapaian mereka dapat diperkembangkan pada tahap yang paling optimum melalui latihan yang berterusan.Pada kejohanan sukan sehari tersebut,Pasukan Olahraga SK Bukit Changgang telah menyertai acara lontar peluru,lompat jauh,lompat tinggi dan acara pecut 100m.Berkat keazaman dan semangat para peserta,SK Bukit Changgang telah berjaya meraih dua pingat perak dan satu pingat gangsa.Pingat perak yang pertama telah dimenangi oleh adik Muhammad Ammar Arif Bin Mat Nazri dalam acara lompat tinggi manakala pingat seterusnya adalah daripada adik Nurhamdania Binti Hamdan dari acara lari pecut 100m(pingat perak)dan lompat jauh (pingat gangsa).Kedua-duanya berada di dalam kategori bawah 10 tahun.Adik Nurhamdania Binti Hamdan juga terpilih bagi mewakili Daerah Kuala Langat dalam Kejohanan Pembangunan Olahraga di Peringkat Negeri Selangor.Semoga kejayaan ini dapat menyuntik semangat murid-murid SK Bukit Changgang bagi mengharumkan nama sekolah di dalam acara sukan olahraga khasnya.Tahniah diucapkan kepada Pasukan Olahraga SK Bukit Changgang!
  • Pin It on Pinterest

    Share This