BUKIT CHANGGANG, 19 September 2019: Telah diadakan perjumpaan bersama ibu bapa murid bagi sesi 2020. Tujuan perjumpaan ini adalah untuk memberi penerangan berkaitan pembelajaran di Prasekolah serta memperkenalkan barisan guru2 serta Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah. Tahniah diucapkan kepada ibu bapa/penjaga kerana anak-anak dibawah jagaan telah terpilih untuk memasuki prasekolah SK Bukit Changgang bagi sesi 2020. Seramai 150 orang murid telah terpilih bagi mengikuti pembelajaran di Prasekolah SK Bukit Changgang.

Selain itu, perlantikan AJK Pewaris sesi 2020 juga telah dilaksanakan. Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi membantu dan melancarkan aktiviti yang bakal dilaksanakan di prasekolah. Aktiviti tahun 2020 yang akan dijalankan bersama ibu bapa. Diharap agar segala perancangan pada tahun 2020 ini akan berjalan dengan jayanya. Semoga ibu bapa/penjaga dapat memberikan kerjasama untuk mempertingkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran.

Ahli jawatankuasa PEWARIS Prasekolah sesi 2020

Pin It on Pinterest

Share This