Pada 5 dan 6 November yang lalu, telah berlangsungnya sukan bola sepak dan bola jaring antara kelas bagi murid-murid tahun 3,4,5 dan 6 di Padang Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang.
Pertandingan yang dijalankan secara liga ini,menyasarkan pencarian bakat bakat baru di dalam sukan bola sepak dan bola jaring disamping memupuk semangat berpasukan dan bekerjasama di antara para pemain.
Cuaca yang baik sepanjang perlawanan dijalankan dan kerjasama yang baik dari guru-guru ahli jawatankuasa,melancarkan lagi perjalanan setiap acara.
Sebelum pertandingan dimulakan,murid diberikan taklimat keselamatan oleh pengadil perlawanan.
Kemudian,murid-murid melakukan aktiviti pemanasan badan.Antara kebaikkan aktiviti pemanasan badan ialah merangsang penambahan oksigen dalam tubuh dan mengaktifkan pengeluaran hormon yang akan membantu dalam proses penyaluran tenaga ke bahagian otot.Dalam erti kata lain ia membantu tubuh badan untuk bersedia dan seterusnya mengelakkan kecederaan otot.
Seterusnya pertandingan dimulakan dengan perlawanan bola jaring yang terdiri daripada 7 pemain utama dan dibantu oleh 5 pemain simpanan,manakala bola sepak pulak 9 pemain utama dan 3 pemain simpanan.
Antara aksi aksi yang sempat dirakamkan disekitar perlawanan
Aksi-aksi pemain bola sepak..
Aksi di luar padang..
Antara guru-guru yang bertugas
Usai pertandingan,diadakan acara penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh para pentadbir Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang.
Penyampaian hadiah murid Tahun 3
Keputusan penuh pertandingan adalah seperti berikut:
Semoga dengan adanya aktiviti-aktiviti sebegini dapat meningkatkan lagi semangat kesukanan di kalangan murid-murid dan melahirkan individu yang seimbang secara holistik.
Recent Comments